Pages

Thursday 24 January 2013

Kelebihan susu ibu Dari Perspektif Islam

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
 
Banyak Faedah yang kita dapat terutamanya faedah kepada ibu dan bayi sendiri. Di dalam Islam itu sendiri. Kita disarankan agar memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia 2 Tahun.
 
Susu ibu sememangnya kaya dengan antibodi semulajadi serta mempunyai hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Selainb itu ia juga,membantu dalam  menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang bayi.
 
Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, hasil kajiannya menunjukkan, susu ibu dapat membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser. Hebatkan?
 
Ini kerana didalam susu ibu mengandungi “Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), di mana ia berfungsi dalam mengenali di mana terdapat sel-sel kanser didalam badan lalu ia membunuhnya. Kita manusia berusaha mencari cara-cara untuk melawan kanser, iaitu dengan mendapatkan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini, sejak awal lagi.
 
Satu lagi kajian dan penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – iaitu beliau menyatakan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu 5 tahap lebih tinggi daripada bayi lain yang tidak mendapat susu ibu. Tahukah anda? Susu ibu yang diberikan kepada bayi sehingga usianya 6 bulan sangat memberikan manfaat kepada bayi keara mereka akan mendapat semua kebaikan susu ibu, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak akan manfaat ini terutamanya peningkatan IQ bayi.
 
Untuk semua ibu-ibu didunia, fakta ini amat berguna bagi anda.  Bagaimana Al-Quran telah menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang terkandung di dalam Kalam Allah ini, ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
 

Kebaikan Memberi Susu Ibu Kepada Bayi

1. Ia akan membantu merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Di samping membantu dalam mengurangkan berat badan ibu sehingga 500 kalori sehari. Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
 
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
 
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
 
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
 

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...