Pages

Sunday 2 December 2012

kuantiti penghasilan susu ibu berkurangan?..apa faktor penyebabnya?..cuba lihat cheklist dibawah..

Faktor atau penyebab kuantiti penghasilan susu ibu berkurang.




Memang tidak dinafikan, bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi anda menyusu sepenuhnya on demand, bekalan susu ibu akan sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bayi. Yang menjadi masalahnya adalah kepada para ibu yang bekerjaya,ini kerana apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:
1. Pam berfungsi dengan baik
Ini bermaksud Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya cengkamanya juga dalam keadaan baik. Jika tidak, walaupon sudah mengepam hampir 15 minit pun, tiada hasilnya.sedeh bukan?

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.


4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.


7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.


8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.


9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, Bagaimana Nak Tingkatkan Penghasilan Susu Ibu ?

1. Menyusu secara direct dengan lebih kerap

2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...